"Semalam (di Parlimen) polis telah mengambil keterangan saya di bawah siasatan Seksyen 409 Kanun Keseksaan berkaitan kehilangan RM19.25 bilion dari Tabung Bayaran Balik GST," kata Guan Eng dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini mencabar Guan Eng membuat laporan polis berhubung dakwaan RM19 bilion wang bayaran balik GST ‘dirompak’ kerajaan Barisan Nasional (BN).

Seksyen 409 Kanun Keseksaan memperuntukan hukuman penjara tidak kurang dua tahun dan tidak lebih daripada 20 tahun serta hukuman sebatan dan denda.-UTUSAN ONLINE