IDRIS JUSOH
IDRIS JUSOH

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh (gambar) berkata, kejayaan tersebut merupakan satu pengiktirafan terhadap sistem pendidikan tinggi negara dan membuk­tikan universiti tempatan juga mampu bersaing di peringkat global.

“Daripada 600 univer­siti di dunia, UM dipilih sebagai 10 yang terbaik dalam bidang kejuruteraan oleh US News.

“Pengiktirafan tersebut menunjukkan UM berada pada tangga terbaik daripada fakulti kejuruteraan luar negara seperti Universiti Oxford dan Universiti Cambridge,” katanya ketika sesi jawab lisan dalam sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Noor Ehsanuddin Mohd. Harun Narrashid (BN-Kota Tinggi) yang meminta penjelasan mengenai perancangan Kementerian Pendidikan Tinggi dalam menghadapi Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0).

Menurut Idris, universiti tempatan lain juga turut menjalin kerjasama dengan pihak industri dari dalam dan luar negara bagi melengkapkan pelajar dengan kemahiran yang diperlukan oleh pihak industri.

“Sebagai contoh, minggu lalu, Universiti Utara Malaysia (UUM) menandatangani memorandum persefahaman dalam bidang pengajian perniagaan dengan AliBaba Business School.

“Ini menunjukkan universiti kita diiktiraf oleh pemain industri antarabangsa dan membuka peluang kepada pelajar bersiap sedia untuk berdepan dengan IR 4.0,” katanya.