Menteri Kewangan, Lim Guan Eng (gambar) mendakwa, jumlah itu termasuk kadar bayaran faedah Projek Loji Tenaga Kuala Langat 1MDB sebanyak RM208.8 juta yang telah dibayar hari ini.

LIM GUAN ENG
LIM GUAN ENG 

Tambah beliau, dua lagi pembayaran perlu dibuat pada 11 November berjumlah RM217.51 juta manakala RM143.75 juta di bawah Sukuk Islamik Jangka Sederhana perlu dibuat pada 29 November ini.

“Kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan terus membuat pembayaran seperti yang ditetapkan dalam kontrak kerajaan lama.

“Saya selalu tegaskan Malaysia akan mengotakan komitmen obligasi yang kita buat di peringkat antarabangsa. Malaysia tidak akan berasa dalam keadaan gagal bayar hutang (default). Kita akan membuat pembayaran,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Dalam perkembangan sama, Guan Eng berkata, pihaknya akan terus mengambil langkah fiskal bagi mengatasi masalah ini.

Kata beliau, kesan buruk jika Malaysia berada dalam status gagal bayar hutang adalah menjejaskan penarafan atau rating di peringkat antarabangsa.

“Kami akan mencari wang untuk membayar hutang skandal ini sebab tidak banyak dana dalam Menteri Kewangan,” katanya.