Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusoff berkata, negeri-negeri itu ialah Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.

Bagaimanapun, katanya,hal itu sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan iaitu apa sahaja doktrin dan fahaman lain, ia tidak boleh dikembangkan kepada orang Islam.

"Perkara itu bersesuaian dengan Perkara 11 (4) Perlembagaan Persekutuan. Jadi, saya berpegang kepada apa yang ada dalam peruntukan Perlembagaan,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab celahan Tan Sri Noh Omar (BN-Tanjung Karang) sewaktu menggulung perbahasan usul Rang Undang-Undang Perbekalan 2019 peringkat jawatankuasa bagi kementeriannya dalam sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Noh bangkit bertanyakan mengenai negeri-negeri yang masih belum mempunyai enakmen sekatan pengembangan agama lain terhadap orang Islam. - UTUSAN ONLINE