Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Eksport ‘ikan rakyat’ dihentikan

Ahmad Shabery Cheek dan Ismail Abu Hassan (kiri) teruja melihat
Ahmad Shabery Cheek dan Ismail Abu Hassan (kiri) teruja melihat ikan tuna dalam Majlis Prapelancaran myDOF Valley sempena MAHA 2016 di MAEPS, Serdang, Selangor, semalam.

KUALA LUMPUR 27 Nov. – Eksport ‘ikan rakyat’ seperti kembung, cencaru dan selar akan dihentikan sementara waktu bagi memastikan bekalan ikan dalam negara mencukupi dan dapat memenuhi permintaan pengguna pada musim tengkujuh.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, selain itu, pihaknya juga mempergiat dan mempelbagaikan jenis tangkapan ikan bagi memenuhi stok sedia ada.

Menurutnya, ia merupakan sebahagian langkah yang dilaksanakan oleh pihaknya dalam menghadapi musim tersebut yang berlaku setiap tahun.

“Kita jangkakan, salah satu daripada kebiasaan musim tengkujuh adalah berlakunya kekurangan ikan yang ditangkap. Mungkin dalam waktu tertentu juga, kita perlu bergantung kepada ikan akuakultur serta sumber protein lain seperti ayam dan daging.

“Cuma kita berharap dan berdoa, ia tak sampai berlaku bencana terutama waktu peralihan musim yang tidak menentu. Kita juga telah memantau bekalan yang ada,” katanya ketika ditemui selepas majlis prapelancaran myDOF Valley sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan (MAHA) 2016 di sini hari ini.

Sebanyak 39 buah syarikat ko­mer­sial akan menyertai myDOF Valley di samping penganjuran aktiviti lain seperti Kingdoms of Sharks, Rumah Terbalik dan pameran spesies ikan terbesar serta termahal dengan sasaran hasil pulangan sebanyak RM10 juta se­panjang MAHA 2016 bermula 1 sehingga 11 Disember ini.

Yang turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Dr. Ismail Bakar dan Ketua Pengarah Perikanan, Datuk Ismail Abu Hassan

Dalam pada itu, Ahmad Shabery berkata, pengguna dinasihatkan supaya tidak panik dengan sebarang isu berkaitan kekurangan bekalan ikan dan sayur-sayuran ekoran cuaca tidak menentu.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain