Beliau sebaliknya mendakwa Akta Majlis Keselamatan Negara 2016 yang digubal oleh pentadbiran kerajaan sedia ada sebagai undang-undang yang lebih ‘dahsyat’ daripada ISA.

“Masa itu tidak ada salah guna undang-undang, sekarang ini seperti tidak ada peraturan undang-undang lagi.

“Zaman saya siapa yang saya telah tangkap, berbanding sekarang ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengeruskan Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di bangunan Parlimen hari ini. - UTUSAN ONLINE