Beliau nampaknya tidak ber­puas hati apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said menyebut perkataan seperti ‘maha firaun’ dan ‘maha zalim’ yang pernah dilemparkan oleh pembangkang ketika Dr. Mahathir berkuasa.

Malah, Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan antara tokoh pembangkang yang paling keras mengecam Dr. Mahathir dengan menyifatkannya sebagai diktator yang kejam serta bertindak seperti pengganas komunis pada zaman darurat dahulu.

Begitu juga dengan pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan dike­tuai DAP yang lain seperti Lim Kit Siang (DAP-Gelang Patah) dan Presiden PAN, Mohamad Sabu.

Merekalah yang paling lantang dan ‘kreatif’ dalam mencipta pelbagai gelaran bagi mengutuk Dr. Mahathir sebelum bekas Perdana Menteri itu masuk ke dalam kem mereka.

Dr. Mahathir seterusnya dianggap ‘suci’ dan bebas daripada me­lakukan segala kesalahan yang sebelum itu dijadikan sebagai modal untuk menyerang kerajaan Barisan Nasional (BN).

Khalid tidak seharusnya melenting apabila Azalina membangkitkan ‘jerangkung di dalam almari’ yang dikaitkan dengan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu.

Tanyalah kepada Anwar, Kit Siang dan Mat Sabu mengapa mereka pernah mencemuh Dr. Mahathir.