logo gst
 

Kelulusan itu dicapai setelah undi belah bahagian yang dijalankan di hadapan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Ismail Mohamed Said menyaksikan sebanyak 101 ahli Parlimen bersetuju manakala jumlah yang tidak bersetuju adalah sifar.

Jumlah sifar yang dicatatkan itu berlaku ekoran tindakan semua wakil pembangkang keluar dari Dewan Rakyat semasa pengundian dijalankan.

Mereka tidak berpuas hati apabila Ismail tidak meluluskan permohonan G. Manivannan (PKR-Kapar) yang meminta undi belah bahagian dijalankan sebelum sidang berhenti untuk rehat pada pukul 1 tengah hari.

Walau bagaimanapun, undi belah bahagian dilakukan sebaik sahaja sidang disambung semula pada pukul 2.30 petang atas permintaan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. - UTUSAN ONLINE