Wakil pembangkang itu mempertikaikan mengenai isu penghapusan tol, golongan miskin sehinggalah kepada isu pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Bercakap mengenai janji PH untuk menghapuskan tol, kata Shamsul Anuar, hal itu tidak dapat dilakukan oleh kerajaan PH sehingga ke hari ini.

“Saya hendak beritahu kepada Yang Berhormat Shah Alam, 61 tahun itu (kerajaan Barisan Nasional) bermula dari zaman Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj. Zaman Tunku Abdul Rahman mana ada tol. Selepas Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak Hussein, mana ada tol.

"Zaman Tun Hussein Onn pun tidak ada tol. Yang ada tol pada zaman Yang Berhormat Langkawi (Tun Dr. Mahathir Mohamad). Zaman Langkawilah yang menyebabkan kita menanggung masa berkaitan dengan tol,” katanya. - UTUSAN ONLINE