Rang undang-undang tersebut diluluskan selepas bacaan kali ketiga oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri S. A. Vigneswaran.

Terdahulu, Guan Eng ketika menggulung perbahasan rang undang-undang tersebut berkata, beliau tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan yang menyebut cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang bakal dilaksanakan pada 1 September ini akan mengurangkan harga barang.

“Tindak balas rakyat terhadap cukai barang dan perkhidmatan (GST) menyebabkan pertukaran kerajaan, tidak sangka langsung 61 tahun sebab cukai tersebut rakyat tolak kerajaan.

“Tugas kita menjalankan mandat ini dan saya hanya menjadi alat rakyat bagi menunaikan hasrat mereka. Jadi, saya mohon Dewan Negara menghormati hasrat rakyat,” katanya. - UTUSAN ONLINE