Rang undang-undang tersebut diluluskan selepas bacaan kali ketiga oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri S. A. Vigneswaran.

Cukai barang dan perkhidmatan (GST) diperkenalkan oleh kerajaan terdahulu di bawah Barisan Nasional (BN) mulai 1 April 2015 sebelum ditetapkan pada kadar sifar pada 1 Jun lalu oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH). - UTUSAN ONLINE