Azalina

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, Dewan Negara telah bersidang selama 27 hari bagi tahun ini manaka­la Dewan Rakyat selama 53 hari.

Beli­au berkata, sepan­jang tempoh persidangan, ahli-ahli Parlimen telah mengambil bahagian begitu aktif dalam semua sesi perbahasan.

“Sebanyak 3,897 pertanyaan lisan dan 1,622 pertanyaan bukan lisan telah dikemukakan di Dewan Rakyat.

“Bagi tempoh yang sama, Dewan Negara telah menerima 2,404 pertanyaan lisan dan 300 pertanyaan bukan lisan,” kata­nya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, de­­ngan perjalanan baik persidangan kedua-dua Dewan kali ini, semua ahli Parlimen diharapkan untuk terus menjaga prestij institusi tersebut dengan tidak menyalahgunakan kekebalan serta menampilkan perbahasan yang berkualiti, khususnya melibatkan rakyat keseluruhannya.

“Terima kasih kepada semua ahli-ahli Parlimen yang telah mengambil bahagian dalam sesi Parlimen kali ini termasuk mereka yang bertugas bagi melicinkan perjalanan persidangan kali ini,” katanya.