Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Dewan Negara lulus 19 rang undang-undang

KUALA LUMPUR 22 Ogos – Persidangan Dewan Negara yang ditangguhkan hari ini meluluskan 19 rang undang-undang setelah bersidang selama enam hari bermula 14 Ogos lalu.

Azalina Othman Said

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, walaupun bersidang enam hari, komitmen yang ditunjukkan dalam perbahasan setiap rang undang-undang amat membanggakan.

“Saya mendapati penglibatan yang aktif Ahli-Ahli Dewan Negara menunjukkan bahawa Dewan yang mulia ini meneruskan proses semak dan imbang dalam penggubalan undang-undang.

“Suasana ini menunjukkan sistem demokrasi berparlimen terus subur dan dimartabatkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Azalina, an­tara yang menjadi tumpuan rakyat pada persidangan Dewan Negara ini adalah Rang Undang-Undang Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Penceraian) (Pindaan) 2017, Rang Undang-Undang Pencegahan Jenayah (Pindaan) 2017 dan Rang Undang-Undang Bantuan Guaman (Pindaan) 2017.

“Terima kasih kepada semua Ahli-Ahli Dewan Negara yang mengambil bahagian dalam perbahasan dan menyatakan komitmen meluluskan 19 rang undang-undang ini,” ujarnya.

Tambah beliau, antara rang undang-undang yang di­luluskan pada persidangan Dewan Negara kali ini ialah Rang Undang-Undang Keganasan Rumah Tangga (Pindaan) 2017, Rang Undang-Undang Pe­ng­angkutan Awam Darat (Pindaan) 2017, Rang Undang-Undang Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2017, Rang Undang-Undang Akses Kepada Sumber Biologi dan Perkongsian Faedah 2017.

Selain itu, kata beliau, turut diluluskan Rang Undang-Undang Agensi Kawalan Sempadan Malaysia 2017 dan Rang Undang-Undang Tabung Angkatan Tentera (Pindaan) 2017.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain