NGEH KOO HAM
NGEH KOO HAM

Pada 2001, bekas Ahli Parlimen Batu Gajah, Fong Po Kuan digantung tugas selama enam bulan kerana enggan meminta maaf kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat ketika itu, Tun Mohamad Zahir Ismail.

Po Kuan yang juga wakil rakyat DAP menuduh Yang Dipertua Dewan Rakyat menyalahgunakan kuasa budi bicara ketika menolak usul mengenai isu peperiksaan Sijil Amalan Guaman (CLP).

NGA KOR MING
NGA KOR MING

Kini, babak yang sama diulangi oleh ‘tiga serangkai’ daripada DAP. Mereka mendesak Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia meletak jawatan apabila usul berhubung kapal Equanimity dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ditolak.

Kelmarin, Koo Ham, Kor Ming dan Sivakumar menerima notis daripada Pandikar Amin yang difahamkan antara kandungannya meminta ketiga-tiga mereka meminta maaf.

Walaupun telah diberikan peluang, tiga ahli Parlimen DAP itu tetap bersikap angkuh apabila enggan meminta maaf serta berdegil mendesak Pandikar Amin memberi jawapan terhadap soalan yang mereka kemukakan.

Pendirian yang seolah-olah mencabar kuasa Yang Dipertua Dewan Rakyat itu disuarakan mereka dalam sidang akhbar di bangunan Parlimen semalam.

V. SIVAKUMAR
V. SIVAKUMAR

Perangai mereka tidak ubah se­perti ‘budak-budak nakal’ yang se­ring menimbulkan masalah dan me­langgar peraturan semata-mata untuk menarik perhatian.

Mungkin juga Koo Ham, Kor Ming dan Sivakumar sengaja mencetuskan kontroversi bagi mendapatkan publisiti murahan menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Sebagai ahli Par­limen, mereka sepatutnya me­­­­nunjukkan kematangan dengan menghormati kedudukan Yang Dipertua Dewan Rakyat serta mematuhi Peraturan Mesyuarat.

Cukup-cukup­lah berperangai seperti budak nakal. Jadilah wakil rakyat yang bertanggungjawab.