Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial), Senator P. Waytha Moorthy berkata, dana itu bertujuan untuk membangunkan komuniti berkenaan dengan cara yang sama saksama.

“Modal awal dana akan dikumpul daripada sumbangan kerajaan serta sumbangan syarikat milik kerajaan (GLC) dan syarikat swasta,” katanya dalam sesi soal jawab sidang Dewan Negara, hari ini.

Beliau menjawab soalan Senator Datuk M. Sambanthan yang meminta kerajaan menjelaskan sama ada akan menambah lagi jumlah unit saham amanah di bawah Pelan Tindakan Masyarakat India (MIB) pada masa akan datang. – UTUSAN ONLINE