Abdul Rahman Dahlan

Menteri di Jabatan Perda­na Menteri, Datuk Abdul Rah­man Dahlan (gambar) berkata, kha­bar a­ngin yang men­dak­wa syarikat yang menjalin kerjasama de­ngan Malaysia ba­gi membina Landa­san Keretapi Pantai Timur (ECRL) itu telah disenarai hitam sebenarnya bertujuan mewujudkan persepsi negatif dalam kalangan ma­sya­rakat terhadap kerajaan.

“Sebenarnya syarikat subsidiari di bawah CCCC yang te­lah disenarai hitam iaitu China Road and Corporation (CRBC) dan China Harbour Engine­e­ring Co. Ltd. (CHEC).

“Dua syarikat subsidiari itu disenarai hitam pada 2009 apabila Bank Dunia menjalankan siasatan ke atas projek pembinaan di Filipina dan mendapati wujud persaingan tidak adil antara pihak pembida termasuk CRBC,” katanya ketika menjawab soalan Senator Dr. Mohd. Nor Manutty di Dewan Negara, di sini hari ini.

Jelas Abdul Rahman, tempoh senarai hitam bagi CRBC walau bagaimanapun hampir tamat pada awal tahun depan kerana sekatan yang dikenakan oleh Bank Dunia hanya lapan tahun.

Katanya, atas sebab itu kerajaan Malaysia yakin syarikat itu boleh memberikan hasil yang terbaik dan menyiapkan projek ECRL dalam tempoh yang bersesuaian.

“Kerajaan telah menerima respons daripada 27 kumpulan yang terdiri daripada lima buah negara untuk membina ECRL termasuk Korea, Australia, Amerika Syarikat, Eropah dan China,” katanya.