Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, perbincangan itu yang melibatkan agensi dan pihak berkaitan bagi membolehkan pemantauan keselamatan terhadap kanak-kanak dilakukan secara berkesan.

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat memberitahu, pihaknya turut mengambil maklum segala cadangan yang dikemukakan.

“Kita bincang dengan agensi-agensi berkenaan seperti siapa yang akan pantau, siapa yang akan pasang dan bagaimana ia hendak diletakkan bagi memantau secara lebih menyeluruh taska-taska ini,” katanya dalam sesi waktu pertanyaan menteri sidang Dewan Rakyat, hari ini. – UTUSAN ONLINE