Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Cadang tidak laksana kontrak berasas masa

KUALA LUMPUR 7 Nov. – Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mencadangkan supaya kontrak berasaskan masa tidak lagi dilaksanakan oleh kementerian kerana bimbang memudahkan kontraktor memanipulasi pembayaran.

Hasan Arifin

Merujuk kepada Laporan PAC Pengurusan Pengendali Acara di Bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Pengerusinya, Datuk Seri Hasan Arifin memberi­tahu, pelaksanaan kontrak perlu dilakukan berdasarkan tatacara pengurusan kontrak dan kewang­an yang ditetapkan.

“Dalam hal ini, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan perlu memastikan satu sistem yang lebih teratur dan baik berdasarkan tatacara kewangan dipatuhi bagi mengurangkan risiko pembaziran serta penyelewengan dalam acara-acara kementerian kerana dilaksanakan setiap tahun,” katanya dalam satu ke­nyataan hari ini.

Jawatankuasa tersebut hari ini membentangkan Laporan Pengurusan Pengendalian Acara di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan sebagaimana dalam Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2013 Siri 3 di Parlimen.

Antara perkara yang diteliti oleh PAC dalam laporan berkenaan ialah pembayaran yang tidak konsisten (Improper payment) disebabkan pengurusan pembayaran yang lemah tanpa dokumen sokongan lengkap, spe­sifikasi bekalan dan perkhidmatan tidak mematuhi peraturan dan pelantikan kontraktor khusus untuk menjalankan kerja perkhid­matan perhubungan awam yang tidak sesuai dengan fungsi kementerian.

Mengulas lanjut, Hasan menjelaskan, berdasarkan laporan tersebut jawatankuasa berkenaan berpandangan bahawa Jabatan Audit Negara perlu lebih memfokus kepada bajet dan dibuat secara objektif.

“Selain itu, PAC juga memandang serius kepada kegagalan pegawai kementerian dalam mematuhi tatacara kewangan yang telah ditetapkan. Tindakan yang lebih tegas diambil bagi memastikan prosedur dipatuhi,” jelas beliau.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain