IDRIS AHMAD
IDRIS AHMAD

Perkara itu dinyatakan oleh Idris Ahmad (Pas-Bukit Gantang) yang menjelaskan perkara itu sebagai hukum takzir supaya suami berkenaan kembali ke pangkal jalan.

“Macam mana prosedur untuk kita buat, yang penting untuk kita menginsafkan dia, letak di lampu isyarat pun tidak apa, biar orang ramai tengok muka dia setiap hari, ini muka dera.

“Ini pun satu lagi cara daripada kita nak sebat dia tadi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab Dr. Siti Mariah Mahmud (PAN-Kota Raja) yang mencelah ketika membahaskan Rang Undang-Undang Keganasan Rumah Tangga (Pindaan 2017) di Dewan Rakyat hari ini.

Dalam pada itu, Idris juga mencadangkan supaya diwujudkan mahkamah khas untuk perkara tersebut supaya ada ‘rumah perlindungan’ untuk mereka yang menjadi mangsa dera rumah tangga.