Wan Junaidi
Wan Junaidi

Menterinya, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, cadangan tersebut dibuat bagi memastikan kegiatan pembalakan haram tidak berlaku ketika projek dilaksanakan.

"Kalau diluluskan, kita akan mempunyai garis panduan yang dianggap sebagai terbaik bagi menjaga sumber hutan negara," katanya semasa menggulung perbahasan Bajet 2018 peringkat dasar bagi kementeriannya dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Menurut beliau, pada masa ini, hutan simpan kekal adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri dan tidak memerlukan nasihat atau konsultasi daripada kementerian.

"Keadaan ini menyukarkan kita untuk mengawal apabila terjadi isu pembalakan haram di kawasan pembinaan utiliti," jelasnya. - UTUSAN ONLINE