IRMOHIZAM IBRAHIM

Datuk Seri Dr. Irmohizam Ibrahim (BN-Kuala Selangor) ber­kata, cadangan tersebut timbul ekoran permintaan pakatan pembangkang sendiri.

Menurut beliau, pakatan pem­bangkang sering mendesak supaya semua parti politik di ne­gara ini mempertingkatkan ke­telusan dan akauntabiliti ma­sing-masing.

“Saya meminta me­reka memberi so­kongan penuh terhadap akta berke­naan, usah ragu dan takut. Berani kerana benar, takut kerana salah. Mandi biar basah, berdakwat biar hitam,” katanya ketika membahaskan Bajet 2017 dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Irmohizam memberitahu, kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terus optimis mencari penyelesaian yang konstruktif walaupun dihujani pelbagai fitnah.

Malah, beliau menjelaskan, Perdana Menteri sendiri yang mencadangkan akta tersebut diwujudkan pada 2009, namun ditolak oleh pakatan pembangkang.

“Hakikatnya, akta yang sama telah dilaksanakan di negara-negara lain seperti Amerika Syarikat dan Perancis,” ujarnya.