Datuk Mohamad Ariff Md. Yusoff berkata, arahan itu dikeluarkan sementara Sivaraajh mendapatkan pandangan peguam yang pakar dan membuktikan perintah perundangan berkenaan.

Menurut Mohamad Ariff, Sivaraajh perlu mendapatkan nasihat peguam yang pakar untuk memutuskan sama ada rayuannya yang difailkan dalam tempoh 14 hari secara automatik mengakibatkan satu penggantungan keputusan mahkamah.

“Ini penting. Atau sebaliknya, jika anda kekal berada di sini, anda merupakan orang asing dalam Dewan.

“Untuk sementara waktu, sila tinggalkan majlis dan dapatkan pendapat peguam dan berikan kepada pejabat Speaker. Ini perkara penting kerana kita tidak mahu perkara ini menjadi sesuatu duluan kehakiman dan menjadi contoh untuk masa yang akan datang,” katanya.

Pada 30 November lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan kemenangan Sivarraajh bagi kerusi Parlimen Cameron Highlands dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) adalah terbatal dan tidak sah akibat rasuah.

Oleh itu, Hakim Datuk Azizah Nawawi memerintahkan agar pilihan raya kecil diadakan bagi kerusi parlimen itu. -UTUSAN ONLINE