LEE BOON CHYE
LEE BOON CHYE 

Keputusan itu dibuat hasil daripada program rasionalisasi Kementerian Kesihatan yang mendapati klinik berkenaan berdepan dengan masalah kos tidak efektif.

Timbalan Menteri Kesihatan, Dr. Lee Boon Chye berkata, klinik yang ditutup perlu memenuhi beberapa kriteria tertentu antaranya mempunyai purata kehadiran rendah iaitu kurang 40 pesakit sehari, terdapat kemudahan kesihatan berdekatan dalam lingkungan 5 kilometer dan tidak terletak di kawasan projek perumahan rakyat (PPR).

“Selain itu, kriteria lain adalah penutup tidak dihalang Jabatan Kesihatan Negeri dan fasiliti yang ditutup tidak menjejaskan perkhidmatan sedia ada.

“Jadi selepas rundingan dengan Kementerian Kewangan dan juga JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam), 34 Klinik 1Malaysia akan ditutup secara peringkat awal,” katanya dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Negara hari ini.

Beliau menjawab soalan asal Senator Sabani Mat yang meminta jawapan mengapa kerajaan PH mengambil langkah menutup Klinik 1Malaysia. - UTUSAN ONLINE