Ketua Pembangkang, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail (PKR-Permatang Pauh) memberi cadangan yang agak tidak praktikal iaitu dengan menyusun waktu bertugas bagi membolehkan mereka mengundi melalui kaedah biasa.

“Macam (Jabatan) Penjara, nak pergi mana? Boleh bertukar-tukar syif, tak perlu undi pos pun,” katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong dalam sidang Dewan Rakyat hari ini. - UTUSAN ONLINE