Sehubungan itu, Johari meminta kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk membetulkan kembali mana-mana perkara tidak betul yang telah dilakukan oleh kerajaan terdahulu terutama membabitkan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas).

“Bukan semua BN buat tidak baik, BN perintah 60 tahun takkan semua tak elok, kita kena betulkan skru yang longgar, ada benda baik kita kena teruskan.

“Sebab itu saya merayu keputusan kerajaan berkaitan Nafas, kita bina Nafas tiba-tiba kata nak buat tender terbuka sebab ada skru yang longgar, betulkan skru jangan bakar rumah,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2019 peringkat dasar dalam sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Menurut Johari beliau memohon agar Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menilai semula keperluan tender terbuka untuk pembekalan baja agar Nafas tidak dihukum dengan kesalahan pihak pengurusan terdahulu. - UTUSAN ONLINE