Seperti ketika Ahmad Zahid membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2019 peringkat dasar dalam sidang Dewan Rakyat hari ini, Rayer tidak sudah-sudah bangkit mempersoalkan kandungan perbahasan bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Tindakan Rayer menyebabkan beberapa kali perbahasan Ahmad Zahid terhenti dek kerana perbalahan antara Rayer serta beberapa Ahli Parlimen kerajaan dengan wakil-wakil rakyat pembangkang.

Terlalu banyak sangat celahan oleh Rayer, meskipun tidak diberikan laluan oleh Ahmad Zahid turut menyebabkan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md. Yusoff 'penat' melayan.

Pada suatu tahap Mohamad Ariff meminta Rayer duduk dan tidak menganggu Ahmad Zahid berbahas.

"Jelutong (Rayer), ini menyalahi peraturan. Jangan menganggu, sila duduk," tegas beliau.

Namun, beberapa ketika, Rayer tetap bangun mempersoalkan Ahmad Zahid.

Mungkin rimas dengan kekacauan ditimbulkan Rayer ketika perbahasan beliau, Ahmad Zahid dilihat beberapa kali menyindir wakil rakyat DAP itu. - UTUSAN ONLINE