AHMAD ZAHID HAMIDI

Timbalan Perdana Menteri, Da­­tuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, untuk mencapai tahap itu, kerajaan turut memberi peruntukan kepada dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) antaranya Tenaganita dan menggalakkan ma­na-mana pertubuhan berkaitan untuk memberikan per­lin­dungan kepada mang­­­sa-mangsa.

“Beberapa syarikat di Amerika Syarikat (AS) telah menawarkan pekerjaan kepada mangsa-mang­sa.

“Untuk capai Tahap Satu dengan sasaran kita pada 2020, kami positif boleh capai tahap ini dengan syarat mendapat kerjasama dari negara-negara sumber yang menimbulkan masalah kepada kita kerana yang menjadi beban adalah negara kita,” katanya ketika sesi waktu pertanyaan-pertanyaan menteri dalam sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Mengikut Laporan Tahunan mengenai Pemerdagangan Orang JNAS pada 27 Jun lepas, Malaysia telah dinaikkan ke Tahap Dua iaitu negara yang tidak memenu­hi sepenuhnya stan­dard minimum Akta Perlindungan Mangsa Pemerdagangan Orang Amerika Syarikat 2000, tetapi membuat usaha penting untuk membawa diri kepada pematuhan standard itu.

Ahmad Zahid seterusnya menempelak pemikiran dangkal pembangkang yang menyamakan laporan tahunan itu dengan laporan Jabatan Kehakiman (DoJ) negara berkenaan.

Menurut beliau, kerajaan tidak mengiktiraf laporan JNAS yang meletakkan Malaysia pada Tahap Dua itu sebagai laporan daripada sebuah jabatan AS, sebaliknya merupakan satu piawaian yang ditentukan di peringkat antarabangsa.

“Pemikiran seumpama inilah yang patut kita tolak. Harus diakui (semua pihak termasuk pem­bangkang) bagaimana pencapaian ini adalah merupakan lang­kah proaktif oleh pihak kerajaan dan pembangkang sudah tentunya membantu kita,” kata­nya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Mahfuz Omar (Pas-Pokok Sena) yang menyindir kerajaan mengiktiraf laporan da­ri­pada sebuah jabatan AS.