MUSTAPA MOHAMED

Datuk Seri Mustapa Mohamed (BN-Jeli) berkata, kajian semula dasar tersebut perlu dilakukan secara adil dan inklusif kepada semua pihak.

“Mengenai kajian semula MEB untuk mewujudkan ekonomi berpendapatan tinggi, sebenarnya ada elemen yang baik di dalam dasar ini.

“Bila lakukan kajian kena berlaku adil, kita setuju dasar perlu inklusif tetapi jangan lupa agenda bumiputera,” katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Kelmarin, Kementerian Hal Ehwal Ekonomi menerusi jawapan bertulis terhadap soalan William Leong Jee Keen (PH-Selayang) memaklumkan kerajaan PH akan meneliti semula dasar-dasar utama negara termasuk MEB.

Dalam pada itu, Mustapa yang juga bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri mencadangkan kerajaan PH untuk menumpukan usaha bagi menghadapi perang perdagangan yang sedang me­landa ekonomi dunia pada masa ini.

“Malaysia perlu sentiasa berada di depan dan bersedia menghadapi perang perdaga­ngan dengan sentiasa menjalinkan hubungan dagangan yang baik dengan negara-negara jiran serta negara kuasa besar dunia,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan supaya agensi utama kerajaan seperti Wisma Putra serta Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyelaraskan usaha bagi meningkatkan hubungan ekonomi serta perdagangan dengan negara-negara lain.