Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Bentang usul pinda Akta 355

KUALA LUMPUR 24 Nov. – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini membawa usul Rang Undang-Undang Persendirian iaitu Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 2016 di Dewan Rakyat.

Ia bagi meminda Akta Mahka­mah Syariah (Bidang Kuasa Jena­yah) 1965 atau dikenali Akta 355.

Walau bagaimanapun, Ahli Parlimen Marang itu memohon huraian mengenainya dibuat pada sesi persidangan dewan akan datang memandangkan cadangan pindaan itu memerlukan pemahaman yang jelas serta masih ada kekeliruan dan polemik mengenainya dalam kalangan pelbagai pihak.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang mempengerusikan sidang Dewan Rakyat memberitahu Dewan bahawa apa yang dibentangkan Abdul Hadi itu hanya usul dan belum sampai ke peringkat untuk bacaan kali pertama, sambil menyatakan bahawa proses ke arah itu masih panjang.

Beliau mengizinkan usul itu disambung pada sidang Dewan Rakyat akan datang.

Dalam usul berkenaan, Abdul Hadi berkata, pindaan yang ingin dilakukan terhadap akta berkenaan melibatkan hukuman maksimum dinaikkan kepada 30 tahun penjara, denda sehingga RM100,000 dan 100 kali sebatan.

“Walaupun rang undang-undang ini khusus bagi penganut Islam sahaja, berkait dengan kuasa raja-raja, namun masih ada pertikaian dan perbahasan yang hangat. Maka saya pohon untuk membuat huraian pada sesi (mesyuarat Dewan) akan datang selaras dengan Peraturan Mesyua­rat 15(5),” katanya. – BERNAMA

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain