Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, negara mempunyai stok simpanan beras mencukupi ti­dak termasuk stok beras untuk perdaga­ngan yang boleh digunakan sewaktu krisis.

“Insya-Allah, stok makanan negara men­cukupi untuk menampung keperluan rakyat sama ada kemungkinan berhadapan bencana atau krisis makanan,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Hasbullah Osman (BN-Grik) mengenai be­kalan makanan negara dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Sementara itu, men­­jawab soalan Da­tin Mastura Mohd. Yazid (BN-Kuala Kang­sar) berkenaan harga siling ikan, Ahmad Shabery memberitahu, kerajaan tidak berhasrat menetapkan harga siling terhadap ikan laut.

Bagaimanapun, beliau memberitahu, pada waktu tertentu, kerajaan akan me­netapkan peraturan agar bekalan ikan-ikan tersebut dila­rang untuk dieks­port ke luar negara.

“Pada waktu tertentu seperti musim sebelum dan selepas hari raya, ikan laut seperti ikan kembung, siakap dan kerapu tidak boleh dijual ke luar negara supaya stok ikan di dalam negara stabil.

“Selain itu, kita menggalakkan persatuan nelayan dan pengusaha ikan untuk menjalankan ka­edah tangkap, simpan dan lepaskan ikan semula sewaktu stok berkurangan bagi menstabilkan harga ikan,” jelasnya.