Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Bekalan daging ayam cukup untuk Ramadan, Aidilfitri

KUALA LUMPUR 27 April - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani memberi jaminan bekalan daging ayam di negara ini mencukupi untuk menampung ke­perluan domestik sepanjang bulan Ramadan dan perayaan Aidilfitri akan datang.

Tajuddin Abdul Rahman
Tajuddin Abdul Rahman

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, bekalan tersebut masih mencukupi malah ada lebihan keluaran daging ayam itu dieksport ke luar negara.

“Bekalan cukup dan kita juga sedang mengeksport daging ayam ke luar negara yang mana nilai eksportnya mencecah RM2.8 bi­lion, manakala yang diimport pula adalah bahagian-bahagian bukan daging ayam.

Jadi rakyat tidak perlu bimbang tentang bekalan kerana ia masih mencukupi,” katanya ketika sesi soal jawab dalam sidang Dewan Negara, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Senator Datuk Seri Syed Ibrahim Kader yang ingin menge­tahui sama ada bekalan daging ayam di pasaran mencukupi pada bulan puasa dan Aidilfitri.

Terdahulu, mengulas mengenai wabak selsema burung H5N1 di Kelantan, Tajuddin berkata, tiada kes baharu dilaporkan di negara ini termasuk di negeri tersebut susulan kes pertama yang dikesan pada 28 Februari lalu di Kampung Pulau Tebu dan Mukim Tunjung, Kelantan.

Malah, kata beliau, wabak itu yang sebelum ini berlaku di ne­geri terbabit hanya melibatkan ayam kampung yang diternak secara lepas bebas dan bukannya daging ayam komersial.

Bagaimanapun, menurutnya, operasi pemantauan masih giat dilaksanakan oleh Jabatan Per­khidmatan Veterinar (JPV) dalam usaha mencegah wabak tersebut.

“Setakat ini masalah wabak itu telah diatasi dan tidak lagi menjadi perkara yang membimbangkan kerana agensi terlibat telah mengambil tindakan.

“JPV negeri telah diarah untuk mengawasi dan memantau pergerakan dari dalam dan luar ne­geri bagi mengesan wabak H5N1 selain melaksanakan Program Persampelan Kebangsaan bagi pe­nyakit haiwan wajib lapor dan pe­nyakit haiwan yang mempunyai impak ekonomi,” katanya menjawab soalan Syed Ibrahim yang meminta kerajaan menyatakan langkah diambil untuk memastikan ternakan ayam selamat dimakan dan pengendalian ayam ko­mersial dalam keadaan terka­wal.

Tambah beliau, antara langkah pengawalan yang diambil adalah melaksanakan kerja pemusnahan unggas di sekitar dalam kawasan satu kilomter radius dari lokasi jangkitan bagi mengelakkan risiko penularan penyakit kepada unggas lain dan manusia.

Katanya, kementerian juga me­lakukan pembasmian kuman selepas pemusnahan dijalankan di premis yang menyimpan unggas bagi memusnahkan virus Highly Pathogenic Avian Influenza (HPAI).

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain