Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mendedahkan, sebaliknya bantuan sebanyak RM200 itu tidak diterima oleh penoreh sejak bulan lalu seperti mana ditetapkan.

Persoalan kini, tegas beliau mengapa kerajaan masih gagal melunaskan bayaran berkenaan dan di mana wang tersebut kerana BMT telah dimasukkan dalam peruntukan bajet 2018.

“Jadi kita nak tegaskan bahawa kerajaan mesti membuat pembayaran, sekarang sudah bulan Disember sebab peruntukan sudah lulus, Parlimen sudah luluskan.

“Di mana duit yang telah diluluskan Parlimen sedangkan pembayaran tidak dibuat kepada penoreh getah, segera bayar,” katanya dalam sidang akhbar di lobi Parlimen, hari ini. - UTUSAN ONLINE