Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Awas catat 11,427 kes

KUALA LUMPUR 19 April - Sebanyak 11,427 kes kesalahan jalan raya dilaporkan di bawah Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (Awas) sejak dikuatkuasakan pada 15 hingga 17 April lalu.

AB. AZIZ KAPRAWI

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab. Aziz Kaprawi berkata, jumlah itu melibatkan 5,972 kes melanggar lampu isyarat dan 5,455 kes kesalahan melebihi had laju.

Bagaimanapun kata beliau, sehingga kini, tiada penggantungan lesen memandu bagi pesalah trafik berkenaan.

“Malah, setakat ini, belum ada lagi yang membayar denda bagi kesalahan dilakukan oleh pemandu terlibat.

“Banyak kes kesalahan yang dikesan setelah Awas mula dikuatkuasakan pada 15 April lalu,” katanya ketika sesi soal jawab dalam sidang Dewan Negara hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Senator Datuk Hanafi Mamat yang meminta Kementerian Pengangkutan menyatakan hasil penguatkuasaan Awas dan bilangan lesen pemandu pesalah jalan raya yang telah digantung menerusi pelaksanaan sistem itu.

Dalam pada itu, Ab. Aziz berkata, kerajaan telah menggantung sebanyak 1,115 lesen memandu dan membatalkan 246 lesen memandu dari tahun 2006 sehingga Februari 2017.

Kata beliau, Akta Pengangkutan Jalan 1987 memperuntukkan lesen memandu seseorang boleh digantung apabila pemandu gagal mematuhi peraturan jalan raya dan memandu kenderaan bermotor secara melulu atau membahayakan sehingga menyebabkan kematian.

“Mahkamah boleh mengambil tindakan di bawah subseksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, jika disabit kesalahan mereka boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak kurang dua tahun dan tidak melebihi 10 tahun dan denda tidak kurang daripada RM5,000 dan tidak melebihi daripada RM20,000.

“Selain itu, individu yang disabit dengan kesalahan itu juga akan hilang kelayakan (gantung) daripada meme­gang atau mendapatkan suatu lesen memandu selama tempoh tidak kurang daripada tiga tahun dari tarikh sabitan dan hilang kelayakan (gantung) selama tempoh 10 tahun dalam hal sabitan kali kedua atau seterusnya,” katanya menjawab soalan Senator A. Sivabagiam yang memohon kerajaan menyatakan sama ada mahu membatal atau menggantung lesen pemandu sehingga menyebabkan ke­malangan dan kematian.

Selain itu, Ab. Aziz turut ber­kata, kerajaan juga mengambil langkah dengan memperketatkan kawalan di pintu sempadan negara bagi memastikan pemandu warga asing yang melakukan kesalahan trafik di Malaysia membayar denda sebelum pulang ke negara asal.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain