Ikmal Hisham Abdul Aziz

Datuk Seri Ikmal Hisham Abd. Aziz (BN-Tanah Merah) berkata, langkah itu bertujuan memastikan masalah tersebut tidak dijadikan alasan untuk pihak tertentu untuk membuat tuntutan agar pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu tidak diwajibkan di sekolah jenis kebangsaan.

“Bulan lalu, Pengerusi Majlis Bahasa Cina Malaysia, Datuk Wang Hong Cai mendedahkan bahawa penguasaan bahasa Melayu yang lemah serta sukar memahami se­si pengajaran dan pem­belajaran merupaka­n salah satu punca uta­ma 30 peratus daripada pelajar Cina ke­ci­ciran di peringkat se­kolah.

“Saya ber­pen­da­pa­t, kementerian perlu men­cari jalan bagi mengatasi masalah tersebut, bayangkanlah walaupun sudah berada di peringkat sekolah menengah, ada di antara mereka tidak dapat menguasai dan memahami bahasa Melayu," katanya ketika membahaskan Bajet 2018 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Pendidikan dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Menurut beliau, Kementerian Pendidikan juga tidak seharusnya melayan desakan pi­hak tertentu agar kelonggaran diberikan kepada sebilangan ke­cil pelajar sekolah yang tidak boleh menguasai ba­hasa Melayu.

“Mahu tidak ma­hu sebagai rakyat Malaysia kita perlu menguasai bahasa Me­layu,” katanya.

Dalam pada i­tu, Ikmal Hisham berkata, Kementerian Pendidikan perlu mencari jalan penyelesaian bagi mengatasi masalah bebanan bu­ku teks yang dibawa oleh murid-murid ke sekolah.

“Apa yang dibangkitkan ini bukan isu baharu tetapi sampai ke hari ini ia seolah-olah tidak ada penyelesaian,” ujarnya.