Presiden PKR itu berkata, sebaliknya, beliau akan memberi sumbangan kepada kerajaan melalui pandangan dan kerjasama dengan Perdana Menteri dan barisan menteri.

“Tidak, saya telah beritahu Tun Dr. Mahathir Mohamad, saya hanya akan bantu dan berikan sumbangan melalui Parlimen.

“Dan sudah tentu saya akan berinteraksi bersama menteri dan ahli Parlimen kerana ia sudah menjadi sebahagian kerja ahli Parlimen,” katanya dalam sidang akhbar di bangunan Parlimen di sini, hari ini. - UTUSAN ONLINE