Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Shahanim Mohamad Yusoff berkata, inisiatif kerajaan itu dilihat dapat membantu meringankan beban rakyat dalam menangani kos sara hidup yang semakin meningkat.

"Rakyat suka apabila barangan keperluan asas boleh didapati dengan harga murah. Jadi mengapa kita tidak membuat program Jualan Sentuhan Rakyat ini dengan lebih kerap.

"Malah, ada rakyat yang bekerja terlepas peluang apabila ia dilaksanakan dua kali sebulan, jadi semua ini perlu dipertimbangkan,” katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong dalam sidang Dewan Negara, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kerajaan juga harus mencari mekanisme terbaik untuk melaksanakan program berkenaan dengan lebih berkesan pada masa akan datang. - UTUSAN ONLINE