Ahli Parlimen Pekan itu berkata, tindakan tersebut sekali gus menunjukkan apa yang pernah dijanjikan PH semasa kempen PRU-14 tidak akan ditunaikan.

“Maknanya segala aku janji kepada rakyat tidak disebut langsung dalam pembentangan tersebut.

NAJIB TUN RAZAK
NAJIB TUN RAZAK 

“Maknanya apa-apa yang telah dijanjikan itu pasti tidak akan ditunaikanlah,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Dalam pada itu, Najib memberitahu, Kajian Separuh Penggal RMK-11 dilihat tiada sebarang perkembangan baharu, sebaliknya hanya meneruskan apa yang diusahakan oleh Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

Beliau turut mempertikaikan dakwaan kerajaan PH sebelum ini bahawa BN boros sedangkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berkurangan daripada 54 kepada 50 peratus.

“Macam mana kita boleh jadi kerajaan boros kalau hutang kita semakin menguncup dan defisit fiskal kita pun sudah berkura­ngan dalam tempoh tersebut?

“Jadi ada beberapa kenya­taan yang bersifat label tapi tak disokong dengan data yang dimuatkan dalam buku dibentangkan oleh kerajaan,” kata­nya.

Walau bagaimanapun, Najib mengalu-alukan langkah Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berhubung cadangan pembiayaan dana politik yang lebih telus dan adil.

“Cadangan pembiayaan dana secara lebih telus, kita telah lama laksanakan tapi sekarang sudah ada penegasan oleh Perdana Menteri, jadi saya mengalu-alukan,” katanya.