IRMOHIZAM IBRAHIM

Irmohizam berkata, adalah lebih baik sekiranya AirAsia dapat memberikan tumpuan kepada CSR daripada menghabiskan wang untuk menanggung kos pertukaran nama KLIA2 kepada Terminal Penerbangan Tambang Murah 2 (LCCT2) yang dilakukan pada Jun lalu.

“Langkah pertukaran (nama) tersebut lebih kepada usaha untuk kepentingan syarikat terbabit daripada kepentingan rakyat dan negara.

“Kita tidak menafikan peranan mereka di dalam meningkatkan pendapatan negara namun harus diingat kejayaan yang dikecapi oleh AirAsia pada hari ini turut disumbangkan oleh pihak kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2017 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Pengangkutan di Dewan Rakyat hari ini.

Sementara itu, Irmohizam turut mencadangkan kerajaan mengkaji semula Akta Penerbangan 1969 untuk mengawal sebarang bentuk pengiklanan syarikat penerbangan komersial yang boleh mengelirukan pengguna.

“Akta Penerbangan Awam 1969 perlu dikaji semula untuk memasukkan klausa khusus bagi mengawal bentuk penyiaran iklan syarikat penerbangan komersial di Malaysia yang bersifat mengelirukan.

“Dengan memasukkan klausa yang lebih mementingkan keutamaan pengguna ini, mereka tidak akan mudah ditindas dengan sewenang-wenangnya oleh pengusaha syarikat penerbangan,” jelasnya.