LIM KIT SIANG

Penasihat DAP itu dilihat memakai plaster pada bahagian atas ke­ning kanannya dipercayai bagi menampal luka selepas mengalami kecederaan di dahi akibat tergelincir di kediamannya di Gelang Patah, Johor pada 1 Mac lalu.

“Saya secara peribadi ingin bersimpati kepada Yang Berhormat Gelang Patah kerana me­ngalami kecederaan.

“Atas simpati itu, saya harap beliau akan bertukar kawasan,” kata Ahmad Zahid secara berseloroh.

 

KIT SIANG BELUM PASTI BERTANDING

LIM Kit Siang masih berteka-teki apabila ditanya pemberita di bangunan Parlimen semalam berhubung spekulasi beliau akan bertukar kawasan Parlimen dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) akan datang.

Ketua Parlimen DAP itu juga tidak pasti sama ada beliau akan bertanding untuk kali terakhir dalam PRU-14 atau sebaliknya.

“Lagipun, saya baru sahaja terjatuh. Jadi, kita akan lihat dahulu,” katanya.

Desas-desus Kit Siang mungkin tidak mempertahankan kerusi Parlimen Gelang Patah mula berlegar berdasarkan kecende­rungan beliau bertukar kawasan sebanyak tujuh kali sejak 1969.

 

'INI MACAM MESYUARAT JKKK'

SIKAP Khalid Abdul Samad (PAN-Shah Alam) yang berterusan mencelah ketika Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani memberi penjelasan tentang situasi semasa ekonomi negara dikatakan telah menjadikan sesi soal jawab dalam sidang Dewan Rakyat semalam seolah-olah bertukar menjadi mesyua­rat jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK).

Teguran itu disuarakan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia setelah kekecohan tercetus akibat tindakan Khalid yang kerap bangkit mempertikaikan jawapan yang diberikan oleh Johari.

“Saya seronok dengar persoalan dan isu selepas itu dijawab. Kadang-kadang kita mahu faham juga.

“Tetapi kalau saya biarkan cara begini, ini bukan berbahas secara mana Parlimen berbahas. Ini macam mesyuarat JKKK,” jelasnya.