PANDIKAR AMIN MULIA
PANDIKAR AMIN MULIA

Beliau berkata, Ahli Parlimen DAP itu sepatutnya berbuat demikian pada hari sama tanpa dibangkitkan semula pada sesi perbahasan lain.

“Kalau perkara-perkara yang berlaku kelmarin itu melanggar peraturan mesyuarat, ahli-ahli Yang Berhormat yang ada perlu bangun dan pertahankannya, jangan hal yang berlaku kelmarin diberitahu pada masa sekarang. Kalau saya benarkan itu, bermakna perkara-perkara yang berlaku tahun lalu pun akan ada yang berdiri dan memberitahu perkara ini,” katanya dalam sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Lip Eng sebelum itu memohon untuk menarik balik perkataan kesat terhadap Annuar itu mengikut Peraturan Mesyuarat 36 (4).

“Saya telah menggunakan perkataan kurang elok terhadap Yang Berhormat Ketereh, oleh itu saya ingin menarik balik perkataan-perkataan tersebut,” katanya.

Sidang Dewan Rakyat semalam kecoh selepas Annuar mengucapkan ‘tahniah’ kepada Lim Kit Siang (DAP-Gelang Patah) kerana telah membuktikan dirinya sebagai ‘diktator’ sebuah parti yang mengetuai pakatan pembangkang pada hari ini.