Keputusan itu dibuat Ronald selepas Kok Ping beberapa kali bangun dan cuba menganggu sesi pertanyaan lisan apabila tidak berpuas hati dengan jawapan berkaitan isu wabak rabies oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri S. Subramaniam.

Ronald pada awalnya bersabar dan menjelaskan bahawa sesi pertanyaan Subramanian telah tamat dan beralih kepada soalan untuk Kementerian Sumber Manusia.

Namun, Kok Ping tetap berdegil dan bangun ketika Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot Jaem sedang menjawab soalan berkaitan kementeriannya.

Berikutan itu, Ronald meminta Kok Ping keluar dari Dewan. - UTUSAN ONLINE