Dr. Noor Azmi Ghazali (BN-Bagan Serai) berkata, GST merupakan sistem pemindahan cukai yang dikenakan mengikut nilai yang dibelanjakan setiap individu.

Menurut beliau, golongan berpendapatan tinggi lazimnya membayar jumlah yang besar untuk GST kerana mereka lebih banyak berbelanja.

“GST dibayar mengikut kadar pendapatan kita di mana orang yang kaya bayar lebih.

“Pada masa sama, kerajaan telah menyusun pelbagai cara untuk menyelamatkan golongan lain yang tidak mampu ber­belanja lebih.

“Dan saya nak ta­nya adakah lebih 160 negara yang laksanakan GST telah ‘mendera’ rakyat mereka?,” katanya ketika mencelah Anuar Abd. Manap (BN-Sekijang) dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.