Othman Aziz

Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Othman Aziz berkata, daripada jumlah tersebut, seramai 11,086 ahli layak menerima sumbangan dividen tambahan iaitu maksimum RM120 setahun daripada kerajaan bagi separuh tahun pertama tahun ini.

“Bagi Skim Persaraan Swasta (PRS) pula, seramai 212,000 pencarum telah membuat caruman di lapan institusi kewangan yang terlibat dengan nilai aset bersih berjumlah RM1.38 bilion.

“Kedua-dua skim ini merupakan inisiatif kerajaan mewujudkan budaya penyimpanan untuk persaraan bagi golongan muda dan bekerja sendiri serta tiada pendapatan tetap dan ia ternyata mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Senator Datuk Dr. Johari Mat berhubung sambutan terhadap dua skim berkenaan sejak ia dilancarkan pada 2010 dan 2012 dalam sidang Dewan Negara hari ini.

Sementara itu, menjawab soalan Se­nator Datuk Yoo Wei How berhubung perancangan kementerian membantu ekosistem pembiayaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), Othman berkata, industri kewangan telah menunjukkan komitmen tinggi dalam membantu PKS apabila setakat September lalu, sebanyak RM290.4 bilion jumlah pembiayaan terkumpul direkodkan dengan peningkatan sebanyak 8.2 peratus.

“Jaminan kredit juga disediakan kepada para usahawan yang ingin mendapatkan pembiayaan daripada institusi kewangan tetapi tidak mempunyai cagaran atau rekod prestasi iaitu melalui Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC).

“Usahawan mikro juga boleh mendapatkan pembiayaan di ba­wah Skim Pembiayaan Mikro tanpa cagaran sehingga RM50,000 di 10 institusi kewa­ngan terpilih,” katanya.