Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

845 pemegang kad kredit muflis

KUALA LUMPUR 21 Ogos – Sehingga Jun tahun ini, seramai 845 pemegang kad kredit diisytihar muflis ekoran kegagalan mereka menjelaskan hutang kad kredit.

Lee Chee Leong

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Lee Chee Leong berkata, kebanyakan mereka yang muflis itu terdiri daripada golongan berumur melebihi 30 tahun.

“Secara puratanya, 43.6 peratus daripada pemegang kad kredit menyelesaikan hutang kad kredit mereka dengan sepenuhnya sepanjang tempoh Januari hingga Jun 2017.

“43.6 peratus lagi membayar sekurang-kurangnya lima peratus daripada jumlah baki yang belum jelas dalam tempoh yang sama.

“Selebihnya iaitu 12.8 peratus adalah pemegang kad yang tidak membayar baki belum jelas sekurang-kurangnya bayaran minima sebelum atau pada tempoh akhir bayaran,” katanya menjawab soalan Senator Datuk Jaspal Singh dalam sidang Dewan Negara hari ini.

Menurut beliau, jumlah pemegang kad kredit utama di negara ini adalah sebanyak 3.6 juta orang bagi tempoh sehingga ak­hir Jun tahun ini.

“Setakat Jun 2017, jumlah baki belum jelas bagi kad kredit adalah sebanyak RM36.9 bilion dan daripada jumlah itu, 7.3 peratus atau RM2.7 bilion merupakan baki melebihi tempoh tarikh bayaran.

“Baki tertunggak tidak me­lebihi tiga bulan adalah seba­nyak 6.2 peratus (RM2.3 bilion) dan baki tertunggak melebih tiga bulan adalah sebanyak 1.1 peratus (RM0.4 bilion),” ujarnya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain