Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengakui sukar untuk mengawal wakil-wakil rakyat daripada bercakap di Parlimen.

“Esok kita tengoklah tetapi Ahli Parlimen susah sedikit mahu kawal.

“Biasanya dia nak cakap dan kita punya dasar ialah tidak ada sekatan. Nak cakap apa, cakaplah,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini.

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V dalam titah sempena istiadat pembukaan mesyuarat pertama penggal pertama Parlimen ke-14 percaya sesi perbahasan akan berlangsung dengan berhemah. - UTUSAN ONLINE