Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berkata, ini kerana TM mempunyai potensi bukan sahaja dalam negara sebaliknya di peringkat antarabangsa.

Malah, katanya, kementerian juga perlu melihat model perniagaan dan liabiliti syarikat berkenaan.

“Sebanyak 8,000 aduan menerusi Twitters setiap hari dihantar kepada saya mengenai TM. Kita hendak cari jalan macam-mana hendak atasi jalan ini.

“Kita kena lihat apa yang berlaku, modul perniagaan mereka, liabiliti, ini soalan yang TM kena jawab," katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2019 peringkat dasar bagi kementeriannya dalam sidang Dewan Rakyat, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE