AHMAD ZAHID HAMIDI
AHMAD ZAHID HAMIDI

Menurut Timbalan Perdana Menteri, e-visa yang diperkenalkan untuk 10 buah negara mulai 1 Mei 2017 menawarkan perkhidmatan yang mana pemohon hanya perlu membuat permohonan menerusi dalam talian dan mencetak sendiri visa Malaysia tanpa perlu hadir ke pejabat perwakilan Malaysia

“Kaedah ini dapat mengelakkan kos melibatkan orang tengah dalam proses permohonan visa sebelum ini,” katanya dalam sesi soal jawab waktu pertanyaan-pertanyaan menteri (MQT) di sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) yang meminta kerajaan menyatakan inisiatif Malaysia untuk memudahcara permohonan visa bagi menarik lebih ramai pelancong terutamanya dari China dan India untuk melawat Malaysia sempena Tahun Melawat Malaysia 2020. - UTUSAN ONLINE