Rohani Abdul Karim
Rohani Abdul Karim

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), sebanyak 91 kes dilaporkan pada tahun 2010 dan 98 kes pada 2011.

Pada tahun 2012 pula, jumlah kes telah menurun kepada 89 kes manakala meningkat semula pada 2013 iaitu sebanyak (90 kes); 2014 (103 kes); 2015 (111 kes) dan 2016 (115 kes).

Selangor merekodkan jumlah kes pembuangan bayi tertinggi iaitu sebanyak 157 kes bagi tempoh tersebut.

Empat negeri lain merekodkan jumlah kes tertinggi adalah Sabah dan Johor masing-masing mencatatkan jumlah 84 kes, Kuala Lumpur (65 kes) dan Sarawak (49 kes), katanya pada sesi soal jawab dalam sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Teo Nie Ching (DAP-Kulai) yang meminta kerajaan menyatakan jumlah kes pembuangan bayi sejak 2010. - UTUSAN ONLINE.