Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Azizah Mohd. Dun berkata, daripada jumlah itu, ketua isi rumah di kawasan luar bandar lebih ramai dikategorikan sebagai miskin tegar.

“Di luar bandar, seramai 35,916 ketua isi rumah berstatus miskin tegar manakala di bandar pula ialah 28,978,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Dr. Makin @ Markus Mojigoh (BN - Putatan) yang ingin tahu mengenai jumlah golongan miskin tegar di bandar dan luar bandar pada sesi Dewan Rakyat hari ini. - UTUSAN ONLINE