Rusnah Kassim
Rusnah Kassim

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Rusnah Kassim berkata, pembinaan tersebut melibat tujuh buah kawasan yang dipilih di seluruh negeri.

Kata Rusnah, harga jualan bagi rumah PPA1M ialah antara RM90,000 hingga RM300,000 seunit mengikut kawasan dan lokasi rumah tersebut dibina.

“Kawasan tersebut melibatkan PPA1M Meru Raya di Ipoh berharga RM154,800 (240 unit), PPA1M Taman Asoka di Tapah berharga RM200,000 (69 unit), PPA1M Akasia di Gerik berharga RM194,320 (53 unit) dan PPA1M Taman Aman Jaya 1 di Parit Buntar berharga dari RM214,620 hingga RM225,960 (34 unit).

“Turut dibina ialah PPA1M Taman Kerian Indah, di Kerian berharga RM147,234 hingga RM248,544 (71 unit) dan PPA1M Taman Desa Aman di Kampar berharga dari RM135,800 sehingga RM280,000 (91 unit).

“Harga ini dilihat selari dengan had kelayakan golongan penjawat awam Gred N27 dan ke bawah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan menjunjung kasih titah perasmian Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dalam sidang DUN Ke-13 di sini hari ini.